fbpx

Tetap hargai ‘frontliner’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Affiq mengagihkan makanan kepada barisan hadapan di sekitar George Town di sini tadi.

GEORGE TOWN – Biarpun menjadi antara golongan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 namun seorang pengusaha kedai gunting rambut di negeri ini tetap tidak melupakan jasa dan pengorbanan barisan hadapan atau frontliner.

Pengusaha Mat Salleh Barber, Ahmad Affiq Mohd., 31 berkata, pihaknya telah mengambil pendekatan dengan mengagihkan sebanyak 100 bungkusan Nasi tomato dan air kotak kepada kakitangan serta individu terlibat di sekitar pusat bandar hari ini.

Menurutnya, program sumbangan makanan tengah hari yang diadakan mulai pukul 11.30 pagi tadi itu melibatkan 15 kakitangan di tiga buah premis miliknya di Batu Lanchang, Bayan Baru dan Gelugor.

“Program ini sebagai penghargaan rakyat kepada barisan hadapan khususnya kakitangan penguatkuasa, kesihatan dan keselamatan serta penghantar makan yang berkorban tenaga bagi membantu mengekang penularan wabak itu.

“Memang kami juga antara individu yang terjejas teruk ekoran arahan penutupan premis sepanjang PKP namun jasa barisan hadapan tetap tidak dilupakan.

“Ini juga merupakan komitmen kami dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, bapa kepada seorang cahaya mata itu memberitahu, dia berasa lega apabila perniagaan kedai gunting rambutnya kini kembali mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan pelbagai peringkat usia.

“Sejak dibenarkan beroperasi semula 5 Februari lalu, kira-kira 50 hingga 60 pelanggan datang ke kedai setiap hari termasuk yang membuat temu janji.

“Kami tidak menang tangan menerima kehadiran pelanggan. Ada dia antara mereka sanggup tunggu lebih awal iaitu pada pukul 9 pagi sebelum kedai dibuka pada pukul 12 tengah hari,” ujarnya.

Tambah Affiq, dia amat menitikberatkan prosidur operasi standard (SOP) Covid-19 yang disarankan kerajaan termasuk menjalankan proses sanitasi sebelum memulakan operasi perniagaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI