fbpx

Kondominium dijadikan markas judi diserbu, 68 individu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA suspek yang ditahan bersama hasil rampasan dalam serbuan sebanyak 12 kali bermula 13 Januari lalu dan berakhir semalam.

PETALING JAYA – Taktik sindiket perjudian dalam talian (JOL) menjadikan kondominium sebagai markas bagi mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya terbongkar selepas polis menyerbu sebuah kondominium di sekitar daerah ini sebanyak 12 kali sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari lalu.

Menerusi serbuan yang berakhir semalam itu, seramai 68 individu berjaya diberkas melibatkan 16 warga tempatan dan 52 warga asing dari China yang berusia lingkungan 18 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati kondominium berkenaan dijadikan pusat operasi perjudian yang disewa dengan kadar bayaran bulanan antara RM2,000 hingga RM6,000 untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

“Semakan mendapati kegiatan itu bergiat aktif setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam mengikut syif yang telah dibahagikan.

“Hasil daripada serbuan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM81,539 termasuk beberapa barangan seperti komputer dan telefon bimbit pelbagai jenama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Sebanyak 12 kertas siasatan telah dibuka, lima kes telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan manakala tujuh kes lagi masih dalam siasatan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI