fbpx

Masih ramai peniaga warga emas kurang arif bantuan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU Zafrul (kiri) turun padang melihat keadaan peniaga di sekitar Pasar Jalan Raja Bot di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

PUTRAJAYA – Golongan peniaga kecil khususnya dalam kalangan warga emas dikesan masih kurang arif tentang pelbagai bantuan disediakan kerajaan untuk membantu mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau sedar walaupun pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan pusat dan agensi kerajaan negeri, masih ada segelintir peniaga kecil yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa namun, badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membela nasib peniaga perlu juga memainkan peranan.

“Saya juga dapati masih ramai dalam kalangan peniaga kecil yang tidak mahu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Pendaftaran dengan LHDN adalah cara paling mudah, cepat dan efisien bagi kerajaan untuk mengesan golongan berpendapatan rendah dan menyalurkan bantuan.

“Jika perniagaan mereka rugi atau pendapatan mereka rendah, mereka boleh mendapat pengecualian dari membayar cukai,” katanya menerusi Nukilan MK #9 – Dari Genjer ke Songkok: Meninjau Peniaga Kecil di Chow Kit di Facebook hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pihaknya berharap persatuan penjaja dan peniaga kecil setempat dapat memainkan peranannya mendidik ahli mereka untuk memanfaatkan pelbagai bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan pada dasarnya sentiasa mengimbangi keperluan untuk melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat adalah satu perkara yang mencabar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI