fbpx

Rayuan ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza (tengah) bersama anak dan ibunya di sisi ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, Bagan Datuk kelmarin.

BAGAN DATUK – Seorang ibu tunggal yang menghidap pendarahan dalam otak merayu orang ramai untuk membantu menampung kos rawatan pemasangan tempurung kepala palsu kira-kira RM20,000 pada April ini.

Norliza Khalid, 54, berkata, doktor mengesahkan dia menghidap penyakit brain ruptured anuerysm itu sejak empat tahun lalu apabila dikesan mempunyai darah beku pada kepala.

Menurutnya, doktor berjaya mengeluarkan darah beku di tempat salur darah pecah pada 14 Ogos 2017, namun dia terkena jangkitan kuman dua minggu selepas itu dan luka jahitan terpaksa dibuka untuk membersihkan nanah serta kuman.

“Doktor menasihatkan saya supaya membeli tempurung kepala palsu yang menelan kos kira-kira RM20,000 termasuk pembedahan.

“Doktor juga memaklumkan jika tempurung tidak dipasang, kepala saya berisiko tinggi untuk menjadi kecut selain boleh lumpuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Ular di sini kelmarin.

Selain penyakit itu, wanita tersebut juga disahkan mempunyai penyakit tuberculosis atau batuk kering.

Kehidupan Norliza bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila anak lelakinya yang berusia 12 tahun pula menghidap penyakit usus melekat atau adhesion colic sejak kecil dan kini sedang me­nunggu masa untuk dibedah.

“Saya tinggal bersama ibu, Jah Sedik, 79, yang sakit tua dan ­ha­nya boleh duduk di kerusi roda. Urusan kerja harian saya lakukan sendiri sejak bercerai dengan suami­ 12 tahun lalu,” katanya.

Norliza bagaimanapun bersyukur apabila menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan bagi menampung perbelanjaan harian.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Norliza Khalid 1425 6020 0903 38 atau boleh dihubungi melalui talian 016-412 7196.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI