fbpx

9 pemain Newcastle kejutan Southampton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE berjaya mencatat kemenangan 3-2 menewaskan Southampton kelmarin biarpun hanya beraksi dengan sembilan pemain. – AFP

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle, Steve Bruce mengakui tugasnya sebagai pengurus pasukan itu menyebabkan beliau berdepan masalah kesihatan kerana terpaksa berdepan tekanan yang tinggi.

Mana tidaknya, skuad bim­bingannya itu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain berdepan Southampton selepas Jeff Hendrick di buang padang manakala pemain pertahanan Fabian Schar terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika mereka sudah membuat tiga pertukaran.

Bagaimanapun, berbekalkan tenaga sembilan pemain, Newcastle masih berjaya mencatat kemenangan apabila menewaskan Southampton 3-2 pada aksi di St. James Park kelmarin.

“Rakan-rakan saya berpesan ketika saya menerima jawatan pengurus pasukan ini bahawa saya perlu bersedia dari aspek kesihatan juga kerana ia adalah tugas yang penuh tekanan.

“Separuh masa pertama sepatutnya keputusan menjadi 4-1 tetapi sebaik dua minit babak kedua bermula ia menjadi 3-2 sebelum kami bermain dengan 10 pemain bermula minit ke-50.

“Tempoh setengah jam ter­akhir itu sangat mendebarkan kerana kami kekurangan pemain tetapi situasi menjadi lebih teruk apabila kami kehilangan seorang lagi pemain 15 minit sebelum perlawanan berakhir kerana kecederaan dan ketika itu tiga pertukaran sudah dibuat.

“Ia adalah sangat gila. Saya teruja menyaksikan semangat dan kesungguhan para pemain yang terus kekal bersemangat untuk mempertahankan kelebihan tersebut dan kami akhirnya menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI