fbpx

Langit Perancis bertukar keemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman pemandangan di Perancis yang diterangi warna oren keemasan selepas letusan pasir Gurun Sahara tersebar ke negara itu. - REX Features

PARIS – Langit Perancis bertukar menjadi kuning keemasan dise­babkan satu letusan pasir yang berlaku di Gurun Sahara, Afrika, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ruang udara Perancis dite­rangi oleh gumpalan pasir oren yang dipercayai tersebar beribu-ribu kilometer dari Afrika ke benua Eropah itu.

Fenomena meteorologi ini dikaitkan dengan sistem udara tekanan rendah di Semenanjung Iberia yang menguatkan aliran angin selatan dan mencetuskan kejadian luar biasa.

Ledakan pasir berwarna oren itu turut mengandungi debu tebal dari Sahara yang meme­nuhi ruang udara di Perancis.

Fenomena meteorologi ini dikaitkan dengan sistem udara tekanan rendah di Semenanjung Iberia. – REX Features

Perkhidmatan Meteorologi dan Iklim Nasional Perancis memuat naik ciapan gambar satelit di Twitter yang menunjukkan kepulan pasir dari Sahara.

“Pemandangan dari angkasa, satu letusan debu pasir berlaku dan menyebarkan pasir dari Sahara hingga ke Perancis.

“Letusan pasir Gurun Sahara dirakam berwarna kekuningan pada gambar satelit di antara Kepulauan Balearic dan Sardi­nia,” tulis kemas kini itu.

Selain Perancis, debu oren itu turut melintasi pusat peranginan di Pergunungan Alps dan menjadikan warna salji seperti hamparan emas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI