fbpx

Villa ulangi sejarah 28 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS muncul wira Villa apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk memastikan mereka meraih kemenangan ke atas Arsenal kelmarin. – AFP

BIRMINGHAM – Aston Villa kembali ke prestasi terbaik selepas menewaskan Arsenal 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park malam kelmarin.

Kemenangan itu juga sedikit sebanyak kembali melonjak keyakinan pemain-pemain Villa selepas mereka tewas 1-3 kepada West Ham United pada perlawanan terdahulu.

Pengurus Villa, Dean Smith mengakui gembira dengan keputusan tersebut, lebih-lebih lagi mereka turut menewaskan The Gunners 3-0 di Stadium Emirates November lalu.

“Ini adalah kali pertama kami menang kedua-dua aksi liga ke atas Arsenal sejak musim 1992/93. Saya gembira kerana pemain-pemain sekarang gemar untuk melakar sejarah.

“Semua pemain menampilkan aksi yang sangat baik serta bekerja keras sepanjang perlawanan. Nasib kami tidak baik ketika bertemu West Ham sebelum ini,” kata Smith.

Tambah beliau, pemain-pemainnya bijak mengambil ke­sempatan atas kesilapan yang dilakukan pasukan pelawat sehingga membolehkan Ollie Watkins menjaringkan gol kemenangan seawal minit kedua.

“Pemain-pemain Villa ada kualiti untuk menjaringkan gol, lebih-lebih lagi bertemu pasukan menyerang seperti Arsenal. Kami hukum kesilapan Arsenal dengan menjaringkan gol kemenangan,” ujarnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI