fbpx

Sarawak catat 823 mangsa banjir, 9 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM sedang menyukat paras air banjir di Kampung Sebat Melayu, Lundu hari ini.

KUCHING – Sarawak mencatatkan jumlah mangsa banjir sebanyak 823 orang daripada 274 keluarga setakat pukul 4 petang hari ini.

Mangsa banjir terbabit telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Simunjan dan Serian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata PPS SK Tanah Puteh di Serian mencatatkan peningkatan jumlah mangsa serta yang tertinggi dengan 350 orang daripada 115 keluarga.

“Kedua tertinggi adalah Dewan Masyarakat Serian dengan 148 mangsa banjir, diikuti dengan Dewan Kampung Rimba Padi (75), Dewan Kampung Slabi Entukuh (42) dan Dewan Serbaguna Ranchan (33).

“Di daerah Simunjan pula, terdapat empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan Mesra Simunjan dengan 96 mangsa, Dewan Kampung Entangor di Sebuyau (40), Dewan Masyarakat Lubok Buntin (27) dan Masjid Kampung Seruyuk di Sebuyau (12),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JPBN turut mengumumkan penutupan lima PPS pada hari yang sama iaitu Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong di daerah Samarahan serta Dewan SK Tebakang, SK St Patrick, Balai Raya Babuk Bandar Ranchan dan Dewan Buk Janjun di daerah Serian.

Pada sebelah pagi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Putra Ila telah mengetuai operasi pemantauan banjir di Kampung Sebat Melayu di daerah Lundu.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan bahawa hujan lebat di Sarawak dijangka akan berterusan sehingga Jumaat depan dengan beberapa kawasan luar bandar di negeri ini dipercayai akan terjejas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI