fbpx

Rakyat Melaka jangan buat pembelian panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORENA (dua dari kiri) memeriksa bekalan ayam di sebuah pasar raya di Melaka.

MELAKA – Rakyat di negeri ini diminta untuk tidak membuat pembelian panik susulan penutupan sementara operasi sebuah kilang ayam di Serkam, Jasin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, setakat ini hasil pemeriksaan di premis runcit mendapati bekalan bahan mentah itu masih mencukupi.

“Premis runcit masih mempunyai pilihan pembekal bagi memastikan bekalan ayam stabil di pasar-pasar raya di kawasan setempat masing-masing,” katanya hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebuah kilang pemprosesan ayam diarahkan tutup serta-merta selepas mencetuskan Kluster Industri Serkam.

Sebanyak 604 daripada 1,817 pekerja kilang ayam tersebut didapati positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan sejak awal bulan ini.

Kilang itu telah diarahkan ditutup serta-merta kerana gagal gagal mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk tidak mengamalkan penjarakan sosial dan menempatkan pekerja dalam keadaan sesak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI