fbpx

Perak akan bincang dengan MKN benarkan kedai filem penapis haba beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Yunus (kanan) menyampaikan sumbangan angpau dan kotak makanan kepada masyarakat Cina golongan B40 di Tanjung Piandang hari ini.- Foto Wat Kamal Abas

PARIT BUNTAR – Kerajaan negeri Perak akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan pengusaha kedai aksesori filem penapis haba kenderaan dibenarkan beroperasi di negeri ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, langkah itu bagi membantu pengusaha untuk mengelakkan kerugian yang ditanggung mereka.

Menurutnya, dalam waktu yang sama, beliau juga memohon diberi sedikit kelonggaran oleh pihak MKN bagi membenarkan peniaga selain daripada menjual makanan untuk turut beroperasi dalam pasar malam dan pasar pagi.

“Mereka ini adalah antara kumpulan yang teruk terjejas serta kehilangan sumber pendapatan utama bagi menyara keluarga mereka.

“Saya percaya dan yakin peniaga-peniaga ini mampu mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan MKN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kotak makanan dan angpau sempena Tahun Baru Cina di Dewan Bola Jaring Tanjung Piandang di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Abdul Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata, seramai 100 penerima masyarakat Cina dalam golongan B40 mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut bagi meraikan perayaan mereka.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI