fbpx

Dua lelaki pecah tabung masjid ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Cubaan dua lelaki melarikan wang tabung Masjid Al-Hadi, Bukit Besar dekat sini gagal apabila mereka berjaya ditahan awal pagi semalam.

Suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan selepas diperangkap oleh beberapa ahli jawatan kuasa masjid tersebut kira-kira pukul 2.08 pagi.

Ahli jawatan kuasa masjid berkenaan dikatakan ‘memasang perangkap’ dengan memantau rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada waktu tersebut ekoran berlaku beberapa kes kecurian tabung sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihak masjid itu berdepan dengan lebih lima kes kecurian wang di dalam tabung.

“Sejak beberapa malam lalu, pentadbiran masjid mengambil langkah membuat kawalan dan pemerhatian menerusi rakaman CCTV dalam usaha menangkap pencuri.

“Selepas menunggu hampir dua jam pada awal pagi semalam, dua lelaki dikesan memasuki masjid sebelum dilihat cuba memecah sebuah tabung menggunakan sebatang besi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, beberapa ahli jawatan kuasa masjid kemudian bertindak mengejar dan mengepung suspek yang cuba melarikan diri sebelum berjaya menahan mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI