fbpx

Aston Villa tambah duka Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watkins meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang Arsenal seawal minit ke-2 perlawanan. Foto: oleh EPL

LONDON – Pasukan Arsenal terus ditimpa malang selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ditewaskan Aston Villa 0-1 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Villa Park itu, Arsenal yang dibimbing oleh Mikel Arteta dikejutkan seawal minit ke-2 selepas penyerang, Ollie Watkins bijak menyudahkan hantaran Bertrand Traore untuk gol pertama tuan rumah.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad The Gunners berusaha untuk menggandakan asakan tetapi skuad kendalian Dean Smith itu mudah mematahkan setiap ancaman yang dilakukan pasukan pelawat.

Bersambung pada babak kedua, Villa dilihat memiliki lebih banyak peluang untuk menggandakan gol tetapi disia-siakan oleh jentera serangan yang diketuai oleh kapten, Jack Grealish.

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus menyaksikan Arsenal pulang dengan tangan kosong.

Kekalahan itu juga menyaksikan Arsenal hanya mengutip satu mata daripa tiga perlawanan terakhir apabila turut tewas kepada Wolverhampton Wanderers 1-2 dalam aksi awal minggu ini.

Arsenal yang gagal mencapai prestasi diharapkan hanya mengutip 31 mata daripada 23 perlawanan manakala Villa mencipta kejutan dengan meraih 35 mata daripada 21 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI