AKTRES Priyanka Chopra sebenarnya berasa menyesal kerana pernah menerima tawaran untuk menjadi duta sejenis produk pemutih kulit di India.
Menurut isteri kepada bintang Hollywood Nick Jonas, dia mengambil keputusan untuk berhenti mempromosikan produk pemutih kulit setelah terjun ke bidang perfileman Hollywood.
“Pemutihan kulit menjadi norma budaya di Asia Selatan dan menjadi industri besar yang melibatkan ramai orang. Malah, doktor wanita juga melakukannya, malangnya budaya itu tidak bagus.
“Saya telah lakukan sesuatu yang tidak bagus kerana sewaktu kecil, saya sering memakai bedak talkum kerana percaya wanita berkulit gelap tidak cantik,” ujarnya.
Tahun lalu, Priyanka menerima kecaman hebat kerana bercakap tentang isu ‘Black Lives Matter’ yang berlaku di Amerika Syarikat, walhal dia pernah menjadi duta produk pemutih kulit.