fbpx

Jangan asyik nak hukum ibu tiri – Mawar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mawar dan Raf bersama anak mereka.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid tampil menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dia tidak pernah memuat naik sebarang foto bersama dua anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela dalam media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naiknya, Mawar turut memaparkan tangkap layar komen-komen segelintir netizen yang kerap bertanya mengapa dia jarang berkongsi foto bersama dua anak tirinya itu.

“Kenapa anak yang abang dan kakak dia jarang muat naik dalam Instagram?,” tulis seorang netizen bernama @aidil_stdyy.

Tampil menjawab segala dakwaan tersebut, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashi, 26, memberitahu dia dan suaminya Raf Yaakob bukan ibu bapa yang kejam sehingga sanggup mengenepikan dua anaknya itu.

“Saya terima banyak komen yang mempersoalkan kenapa saya tidak muat naik tentang Rayyan dan Raysaa. Ini jawapannya, pertama sekali kerana mereka tinggal bersama ibu mereka.

“Keduanya, saya pun tak mahu nak kongsi terlampau banyak tentang mereka dan tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut,” tulisnya dalam InstaStory hari ini.

Tambah pelakon filem TQ Captain itu, dia juga merasakan tidak perlu untuk memberitahu kepada umum tentang perasaan kasih sayang terhadap keluarganya.

“Apa-apapun, saya tak perlu nak beritahu semua orang tentang betapa sayangnya saya pada keluarga. Asalkan saya bahagia dengan suami dan anak-anak.

“Jadi, tolong jangan nak menggelabah. Bukannya saya tak pernah kongsi langsung foto kami berenam dan hentilah memfitnah serta buat dosa. Jangan nak cepat hukum seorang ibu tiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mawar juga berpendapat pahala ibu tiri sangat besar nilainya.

“Besar pahala ibu tiri. Tolong besarkan dan didik anak-anak sedangkan orang di luar sana mencaci.

“Jangan risau ibu-ibu sekalian, saya gembira dan Allah SWT sentiasa ada. Saya tak perlu nak buktikan apa-apa pun,” ujarnya lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 2 , dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia sebulan.

Pada perkahwinan Raf terdahulu, Raf turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rayyan, 10, dan Raysaa pula berusia 5 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI