fbpx

Ajak solat berjemaah sebelum ditinggalkan di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga emas ditinggalkan selepas diperdaya ahli keluarganya untuk bersolat jemaah di sebuah surau di Subang.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas melalui detik pilu apabila ditinggalkan ahli keluarganya di sebuah surau di Subang dekat sini.

Kejadian itu berlaku apabila warga emas itu diperdaya untuk mengikuti ahli keluarganya bagi menunaikan solat berjemaah di surau tersebut.

Kisah sedih itu terbongkar apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) ketika membantu seorang warga emas tidur di surau berkenaan dalam suasana kes Covid-19 di Selangor.

LZS dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu dalam keadaan kelaparan dan keletihan ketika ditemukan mereka.

Katanya, warga emas itu turut mengadu kakinya sakit akibat jangkitan kuman.

“Lelaki warga emas itu telah dipujuk ahli keluarganya yang mengajak ke surau tersebut untuk berjemaah namun sebenarnya adalah rancangan bagi meninggalkannya di surau berkenaan.

“Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan lelaki itu,” katanya.

Menurut LZS, siasatan awal mendapati lelaki itu yang belum berumahtangga dijaga oleh ahli keluarganya.

Ujarnya, difahamkan tindakan ahli keluarganya disebabkan kesihatan lelaki yang semakin merosot ditambah keadaan tidak menentu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dia (warga emas) tidak menjangkakan akan diperlakukan sedemikian.

“Lelaki itu telah bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan, Rufaidah Home Care Services di Dengkil dengan kos penjagaan dan rawatannya akan ditanggung LZS,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI