fbpx

Hampir 33 peratus koperasi terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah (dua dari kanan) ketika memberikan bantuan kepada beberapa ahli koperasi Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Mengikut kepada kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terdapat sehingga 33 peratus koperasi di seluruh negara terjejas akibat daripada penularan Covid-19.

Pengerusi Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, angka tersebut dikeluarkan setelah SKM membuat kajian mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.

“Perkara ini berlaku kerana sistem ekonomi yang banyak tidak bergerak, jadi ramai ahli yang terjejas dan tidak berani untuk mendapatkan pinjaman dari koperasi-koperasi yang ada.

“Namun saya yakin situasi ini tidak lama dan akan kembali pulih tidak lama lagi,” jelasnya pada sidang akhbar di Bangunan Angkasa dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Angkasa telah melakukan langkah bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dengan bantuan peranti yang bersesuaian.

“Kami telah memulakan langkah untuk mengumpul seberapa banyak peranti terpakai daripada ahli kami serta orang ramai.

“Kami akan nilai kondisi peranti terpakai yang dikumpul, samada pihak kami akan baiki dulu atau terus agihkan kepada pelajar yang berhak,” jelasnya.

Tambahnya, tiada masalah untuk mengenal pasti pelajar yang berhak kerana koperasi sekolah sudah mempunyai data. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI