fbpx

‘Rider’ Foodpanda dayung sampan hantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penghantar makanan Foodpanda menggunakan sampan untuk menghantar pesanan pelanggan. – Facebook

BANGKOK – Seorang penghantar makanan syarikat Foodpanda di Thailand dirakam mendayung sampan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Menurut portal berita Thaiger News kelmarin, penghantar makanan lengkap memakai seragam Foodpanda dan bertopi keledar itu terpaksa mendayung sampan ke­rana pelanggannya sedang memancing di Sungai Bang Pakong dalam wilayah Chachoengsao, tengah Thailand.

Gambar penghantar makanan itu dimuat naik di laman Facebook bersama kapsyen: “Foodpanda telah melancarkan perkhidmatan penghantaran melalui jalan air.”

Rupa-rupanya, penghantar makanan itu tidak tahu dia perlu menggunakan sampan ketika bersetuju menerima pesanan pelanggan.

Ini kerana, lokasi yang diberi pelanggannya hanya mengatakan dia berada di sungai itu.

Apabila tiba di lokasi yang diberikan, penghantar makanan itu menghubungi pe­langgan yang juga kenalannya sebelum diberitahu dia sedang memancing.

Penghantar makanan itu terpaksa meminjam sebuah sampan bermotor yang berlabuh di jeti sungai untuk ke lokasi pe­langgan.

Media Thailand melaporkan, pemandu itu tidak menerima bayaran tambahan untuk penghantaran khas yang dilakukannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI