PUTRAJAYA – Seramai 2,897 individu yang kuarantin di rumah dan masih belum tampil menjalani ujian saringan kedua Covid-19 akan ditangkap serta didakwa di mahkamah mulai Isnin depan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua individu terbabit diarahkan untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat bagi melakukan ujian saringan kedua.
“Pihak polis akan mengambil tindakan menangkap dan mendakwa mereka di mahkamah jika masih belum tampil untuk ujian saringan kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE