fbpx

Liridon dipinjamkan ke Newcastle Jets

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIRIDON teruja mengembangkan kariernya dalam kancah liga bola sepak Australia selepas berhijrah sebagai pemain pinjaman kepada Newcastle Jets musim ini.

PEMAIN naturaliasi skuad Harimau Malaya, Liridon Krasniqi bakal mengembangkan karier ke Australia untuk menyertai kelab Newcastle Jets musim ini selepas dipinjamkan oleh juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards yang turut memutuskan untuk menghantar pemain import muda dari Indonesia, Syaharian Abimanyu untuk menyertai Liridon berkelana ke Liga Australia.

“Kelab JDT telah meminjamkan Syahrian Abimanyu dan Liridon Krasniqi ke kelab Australia, Newcastle Jets.

“Kami telah menandatangani Syahrian pada penghujung 2020 sebagai pelan jangka panjang dan langkah pinjaman ini adalah selari dengan aspirasi untuk membentuk pemain ini bagi beberapa tahun akan datang.

“Kami ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain,” kata Edwards dalam satu kenya­taan semalam.

Sebagai rekod, Liridon yang telah mendapat kerakyatan Malaysia pada tahun lalu dan sudah beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak mewakili Kedah pada 2005 hingga 2018, Melaka United (2019) dan JDT (2020).

Sementara itu, pengurus pasukan Newcastle Jets, Joel Griffiths mengakui sangat teruja untuk menyaksikan kehadiran pemain tengah kelahiran Kosovo itu dalam kancah liga bola sepak di Australia.

“Liridon memiliki karakter pemain yang kami perlukan dan saya rasa dia tidak akan menunggu­ masa lama untuk menyesuaikan diri kerana kebo­lehannya bertutur bahasa ­Inggeris dengan baik.

“Sementara itu, Syahiran pula adalah seorang pemain muda yang memiliki potensi besar.

“Saya yakin dia akan menjadi nadi dalam mencipta peluang buat jentera pasukan kami,” kata Griffiths.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI