fbpx

Muguruza tempah slot final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUGURUZA berjaya melunaskan dendam kekalahan di Terbuka Australia musim lalu apabila menyingkirkan Kenin pada aksi separuh akhir Kejuaraan Klasik Yarra Valley. – AFP

MELBOURNE – Pemain tenis sensasi Sepanyol, Garbine Muguruza berjaya melunaskan dendamnya ke atas Sofia Kenin untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Kejuaraan Klasik Yarra Valley dengan kemenangan straight-set 6-2, 6-2 semalam.

Sebagai rekod, Muguruza te­lah tewas kepada Kenin pada aksi final Terbuka Australia di Melbourne tahun lalu sekali gus terlepas peluang menjuarai Grand Slam ketiga peribadinya.

“Saya sangat gembira apabila dapat bermain dengan cukup baik pada saingan di sini terutama selepas berjaya menewaskan Kenin yang tampil cemerlang di Melbourne tahun lalu.

“Kini, saya meletakkan harapan untuk melangkah ke pentas final pada kejohanan yang boleh dianggap sebagai pemanas padan sebelum Terbuka Austra­lia bermula secara rasmi minggu depan,” kata Muguruza.

Sementara itu, pemain No. 1 dunia, Ashleigh Barty turut me­langkah ke pentas separuh akhir Kejuaraan Klasik Yarra Valley selepas menafikan cabaran Shelby Rogers 7-5, 2-6, 10-4 semalam.

“Ia adalah perlawanan yang cukup sukar meskipun saya berjaya memenangi set pertama, Shelby tidak menunjukkan aksi goyah sebaliknya tidak mempunyai masalah untuk menang set kedua.

Namun, apa yang penting adalah penentuan tie break yang menghadiahkan kemenangan untuk saya melangkah ke pentas separuh akhir,” katanya.

Disebabkan pandemik Co­vid-19, beberapa peraturan telah diubah oleh penganjur dengan perlawanan akan dilangsungkan dua set sahaja tanpa set penentuan seperti kebiasaannya.

Jika keputusan terikat, perlawanan akan terus ditentukan dengan penentuan tie break.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI