fbpx

Hidup merana padah pinjam ah long RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ah Wei menunjukkan laporan polis dan rakaman CCTV pagar rumahnya dilempar cat merah oleh Ahlong yang menuntut hutang sebanyak RM36,000 selepas membuat pinjaman sebanyak RM1,500.

IPOH – Padah tersilap langkah melakukan pinjamanan dengan ah long sebanyak RM1,500, seorang pekerja restoran berdepan gangguan selain jumlah pinjamannya berganda sebanyak RM36,000 termasuk faedah yang dikenakan.

Malah, pagar rumahnya turut dilempar cat merah dipercayai oleh individu yang diupah ah long tersebut pada Selasa lalu selain diugut untuk membakar kediamannya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ah Wei, 22, berkata, pada 28 Januari lalu, dia kesempitan wang sebelum terbaca iklan pinjaman wang pada laman sosial Facebook.

Dia kemudian menghubungi nombor tersebut menerusi WhatsApp dan telah berbual dengan seorang lelaki Cina bagi bertanyakan urusan untuk meminjam wang.

“Saya hanya ingin pinjam RM1,500 dan lelaki itu berkata boleh tetapi dia beritahu saya cuma akan menerima RM600 sahaja lalu bersetuju.

“Dia juga memberikan syarat agar hutang dilunaskan dalam tempoh tiga hari kerana jika gagal, faedah sebanyak RM600 dikenakan.

“Saya kemudian memberikan salinan kad pengenalan, salinan penyata bank dan bil elektrik rumah bagi proses permohonan pinjaman tersebut,” ujarnya pada sidang akhbar di Pejabat DAP Perak di Medan Istana di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Biro Pengaduan Awam DAP Perak, Steven Chan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Menglembu.

Malangnya, Ah Wei gagal melunaskan pinjaman pada tempoh yang ditetapkan sebelum dia dihubungi ah long tersebut dan didesak membuat pembayaran.

Katanya, pada 31 Januari lalu, dia menerima WhatsApp dari Along yang mahu dia membayar segera hutangnya yang berjumlah RM2,100.

“Keesokan harinya saya menelefon ah long itu untuk meminta dilanjutkan tempoh bayaran tetapi terkejut apabila diberitahu jumlah keseluruhan hutang meningkat kepada RM18,000.

“Jika gagal membayar kadar faedah akan naik sebanyak RM600 setiap dua jam. Kini hutang meningkat RM36,000 dan saya hidup dalam tekanan kerana sering terfikir bagaimana cara mahu melunaskan hutang selepas menerima ugutan,” ujarnya.

Dia yang merasa bimbang dan tertipu kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat pada Isnin lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI