fbpx

RM10,000 untuk 19 pelajar ditempatkan di KUIPSAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan di KUIPSAS.

Oleh NIK SUKRY RAMLI

KUANTAN: Nasib 19 pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikuarantin di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau melakukan lawatan ke pusat kuarantin itu pagi tadi bagi memantau keadaan pelajar berkenaan dan memastikan semua kemudahan diperlukan 12 pelajar lelaki dan tujuh pelajar perempuan dapat disediakan sebaik mungkin.

Dalam lawatan itu juga, Wan Rosdy turut meluluskan peruntukan segera berjumlah RM10,000 kepada pelajar terbabit bagi tujuan membeli barangan peribadi mengikut keperluan masing-masing.

“Pelajar ini ditempatkan di sini berikutan ibu bapa atau penjaga mereka disahkan positif COVID-19.

“Untuk memastikan persediaan pelajar ini tidak terganggu memandangkan peperiksaan SPM juga sudah semakin hampir iaitu pada 22 Februari ini, jadi kita bawa mereka ke sini untuk memudahkan proses ulang kaji pelajaran.

“Saya berpuas hati dengan kemudahan disediakan pihak KUIPSAS dan saya harap semua pelajar terbabit dapat menumpukan dan fokus kepada pelajaran mereka sepanjang ditempatkan di sini,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat kuarantin berkenaan.

Wan Rosdy berkata, sumbangan kerajaan negeri itu adalah untuk meringankan bebanan pelajar terbabit bagi membeli peralatan tulis dan barangan penjagaan kebersihan diri mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI