fbpx

16 barang disenarai SHMMP Tahun Baru Cina 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander bercakap pada sidang akhbar yang disiarkan secara maya di Facebook KPDNHEP hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 barangan disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2021 yang dikuatkuasakan selama sembilan hari bermula 8 hingga 16 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim itu dilaksanakan sebagai langkah untuk membendung kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan berkenaan.

Menurutnya, semua barangan yang disenaraikan itu mendapat permintaan tinggi pada perayaan berkenaan walaupun semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, hasil laut dan daging babi.

“Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara maya di Facebook KPDNHEP hari ini.

Barangan keperluan yang disenaraikan dalam SHMMP ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, ubi kentang China, bawang putih China, ikan bawal putih, udang putih besar, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Alexander berkata, peniaga diingatkan supaya tidak menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum dan mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI