fbpx

Artis alih suara, Muhammad Aizat meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Aizat Adnan

PETALING JAYA – Artis alih suara, Muhammad Aizat Adnan meninggal dunia pada usia 36 tahun di rumah keluarganya di Puchong pukul 11.45 malam tadi.

Kakaknya menerusi akaun Facebook Dayana Adnan memaklumkan pemergian Allahyarham.

Allahyarham menderita sakit kanser esopagus dan pernah menjalani rawatan kemoterapi di Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur.

Menerusi akaun Facebook isteri Allahyarham, Nor Aziantie Azhar, Allahyarham menjalani kemoterapi pada 28 Januari lalu untuk menaikkan kadar sodium dalam darah.

Allahyarham pernah menjadi suara latar bagi animasi Kung Fu Panda.

Jenazah dimandikan di Masjid Putra Perdana, Puchong dan akan disemadikan di Perkuburan Islam Putra Perdana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI