fbpx

WHO temui petunjuk baharu punca Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pada 24 Januari lalu menunjukkan seorang pengawal keselamatan mengawasi Pasar Borong Makanan Laut Huanan iaitu lokasi koronavirus di kesan di bandar Wuhan, Hubei di China. – AFP

BEIJING – Seorang saintis yang kini berada di China bagi menyiasat asal usul wabak Covid-19 mendedahkan kelawar gua mungkin mempunyai petunjuk penting mengenai unsur genetik virus tersebut, lapor New York Daily, semalam.

Pakar penyakit haiwan, Peter Daszak berkata, kelawar gua di Wuhan, perlu menjadi sebahagian daripada penyelidikan berprofil tinggi mengenai asal-usul penyakit itu.

Daszak yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), mengatakan bahawa kumpulan itu telah menerima maklumat baharu mengenai bagaimana wabak koronavirus menyebabkan kematian hampir 2.3 juta orang di seluruh dunia.

Tanpa mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa saat ini tidak ada bukti menyokong idea bahawa virus itu berasal dari dalam makmal seperti yang tular sebelum ini.

“Tugas mencari sumber kelawar adalah penting kerana jika anda dapat mencari sumber virus maut ini, anda dapat mengurangkan kontak dengan haiwan tersebut,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI