fbpx

Ibu tunggal jual tempe sara keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnah (kanan) bersama anaknya, Muhammad Khairul Anwar menyusun bungkusan tempe yang telah siap sebelum dijual di rumahnya di Pasir Gudang, Johor.

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Cahaya Baru, Masai, Pasir Gudang di sini cekal menjalani kehidupan membesarkan
lapan anak dengan hasil jualan tempe.

Hasnah Mohd. Zin, 56, yang kehilangan suami selepas dijemput Ilahi sejak lapan tahun lalu tabah membesarkan lapan anak berusia 14 hingga 31 tahun.

Menurutnya, sebelum ini dia bekerja sebagai pembantu mutawif bersama agensi pelancongan umrah sebelum hilang pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

“Semasa kerajaan melonggarkan PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), idea untuk memulakan perniagaan membuat tempe secara kecil-kecilan timbul.

“Semasa mengikuti kelas far­dhu ain pada November tahun lalu, saya ditawarkan mengikuti kelas membuat tempe,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bermula dari situlah, selepas kelas fardhu ain, Hasnah dan beberapa rakannya belajar cara memproses tempe yang dihasilkan menggunakan kacang soya bersama Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah Johor di Dewan Masjid Taman Air Biru.

Kini, wanita itu mampu menghasilkan kira-kira 400 ke­ping tempe sehari menggunakan 10 hingga 20 kilogram kacang soya yang dibuat melalui kaedah tradisional iaitu dibungkus menggunakan daun pisang.

Jelas Hasnah, tempe yang dihasilkannya itu dipasarkan ke kedai runcit sekitar Masai dan Pasir Gudang dengan penda­patan mencecah RM2,500 sebulan.

“Saya guna kaedah bungkus guna daun pisang sebab kualiti­nya lebih baik dan wangi selain bahan mentah senang diperolehi. Orang kita juga lebih suka yang tradisional berbanding tempe yang dibungkus dengan plastik.

“Ada juga terima tempahan dari luar Pasir Gudang, syukur anak-anak bantu buat tempe dan hantar tempahan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan tempe dihasilkan Hasnah boleh menghubunginya di talian 017-7196 741.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI