fbpx

JEC gantung Hamid Sultan selama enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) hari ini menggantung Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer selama enam bulan daripada perkhidmatan berhubung aduan melibatkan isu penghakiman dan afidavit yang diikrarkannya.

Jawatankuasa itu yang bersidang secara tertutup dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan menggantung perkhidmatan hakim kanan itu bermula hari ini hingga 27 Ogos ini.

Peguam Datuk Joy Wilson Appukuttan yang mewakili Hamid Sultan memberitahu pihak media, JEC memaklumkan perkara itu melalui sepucuk surat bahawa jawatankuasa tersebut berpuas hati terhadap aduan yang dibuat ke atas anak guamnya.

Menurut beliau, pihaknya akan mendapatkan arahan daripada hakim berkenaan berhubung tindakan lanjut yang perlu diambil berkaitan keputusan jawatankuasa itu.

Joy Wilson mengesahkan bahawa Hamid Sultan tidak hadir ketika dipanggil menghadiri sesi inkuiri tertutup yang dijalankan di Istana Kehakiman, Putrajaya sini, petang tadi.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI