fbpx

Padah jual gelang cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELANG tangan yang didakwa kononnya boleh mencegah Covid-19 dijual pada harga RM580 di laman sosial.
Ejen jualan langsung yang mempromosikan produk gelang tangan berkenaan melalui akaun Facebook miliknya disoal siat di KPNDHEP hari ini.

 

PUTRAJAYA – Seorang ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 gara-gara mempromosikan gelang tangan yang didakwa mampu mencegah jangkitan pandemik Covid-19 di media sosial.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya mengesan satu isu tular di laman sosial Facebook berkenaan promosi produk gelang tangan berharga RM580 yang dikatakan mampu mencegah pandemik itu.

Menurutnya, bertindak atas aduan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan dan menyoal siasat seorang wanita iaitu ejen sebuah syarikat jualan langsung yang mempromosikan produk gelang tangan berkenaan melalui akaun Facebook miliknya.

“Tindakan wanita ini yang telah mempromosikan produk dengan memberi maklumat mengelirukan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(h) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Tawaran kompaun maksimum sebanyak RM50,000 diberikan kepada ejen jualan langsung berkenaan pada hari ini,” katanya.

Iskandar Halim berkata, jika kompaun gagal dibayar dalam masa ditetapkan, individu terbabit akan dituduh di mahkamah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI