fbpx

Lingard masih belum ‘berkarat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINGARD berjaya meledak dua gol untuk West Ham pada aksi debut ketika mereka menundukkan Villa awal pagi semalam. – AFP

VILLA – Bintang buangan Manchester United, Jesse Lingard kembali menemui sentuhan terbaiknya apabila muncul wira buat West Ham United dalam kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi semalam.

Lingard, 28, berada dalam kelas tersendiri apabila meledak dua gol dalam perlawanan itu yang merupakan penampilan pertamanya bersama The Hammers selepas berhijrah secara percuma daripada Old Trafford sehingga akhir musim ini.

Pengurus West Ham, David Moyes percaya Lingard akan kembali tersenarai dalam skuad England sekiranya pemain sayap itu mampu mengulangi prestasi sama dipamerkannya awal pagi semalam dalam semua perlawanan musim ini.

“Lingard sedang menyesuaikan diri dengan pasukan ini tetapi masih mampu membawa perbezaan. Tidak mustahil dia akan kembali beraksi dengan England jika terus beraksi cemerlang seperti hari ini,” katanya.

Lebih menggembirakan apabila kecemerlangan Lingard turut diperhatikan pengurus The Three Lions, Gareth Southgate yang hadir menyaksikan perlawanan antara Villa dan West Ham di Villa Park tersebut.

Sementara itu, Lingard yang kali terakhir meledak gol EPL ketika mewakili United menentang Leicester 26 Jun tahun lalu, merasakan dia sudah selesa untuk berada dalam ke­sebelasan utama West Ham.

“Saya senang bergandingan dengan Michail Antonio dan Declan Rice. Ia terbukti apabila saya diturunkan bermain dan berjaya menjaringkan dua gol.

Saya datang ke sini untuk mendapat lebih banyak minit permainan dan apa yang pa­ling menggembirakan adalah dua gol saya berjaya menghadiahkan tiga mata penting buat pasukan,” jelas Lingard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI