fbpx

Kawat berduri dipasang di tujuh laluan tikus Felda Tersat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Seramai 650 penduduk Felda Tersat dekat sini telah menjalani ujian saringan Covid-19 kedua berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum ini, semua penduduk tanah rancangan tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 pertama pada 29 Januari lalu.

Beliau berkata, PKPD terpaksa dilaksanakan di Felda Tersat berikutan kenaikan mendadak kes Covid-19 dan setakat ini, satu kematian disebabkan wabak itu telah dicatatkan di lokaliti tersebut.

“Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun yang juga seorang imam telah disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada beberapa hari lalu.

“Sehubungan itu, semua laluan masuk dan keluar di tanah rancangan ini termasuk tujuh laluan tikus telah ditutup dengan kawat berduri,” katanya ketika memantau pelaksanana PKPD di Felda Tersat dekat sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI