fbpx

Penduduk kampung gempar penemuan bom lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu objek dipercayai sebutir bom lama ditemui di Kampung Mengkadang, Kolombong hari ini. -Foto IPD Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Satu objek dipercayai sebutir bom lama ditemui di Kampung Mengkadang, Kolombong hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, bom berkenaan ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 10.30 pagi tadi sebelum melaporkan penemuan itu kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Bom lama jenis UXO yang ditemui ini dipercayai masih berada dalam keadaan aktif dan beratnya dianggarkan hampir 25 kilogram. Bom itu kemudiannya dibawa ke Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lok Kawi untuk pelupusan.

“Proses pemusnahan bom berjaya dijalankan tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI