fbpx

Kedai gunting rambut, pasar malam dan pusat cuci kereta dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kedai gunting rambut, pasar malam dan pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi bermula esok namun perlu mengikut prasedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kedai gunting rambut hanya perkhidmatan memotong rambut sahaja yang dibenarkan, aktiviti-aktiviti lain masih tidak dibenarkan.

“Hanya potong rambut sahaja dibenarkan, khidmat cuci muka dan khidmat lain tidak dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan antaranya pelitup muka dan apron yang dipakai oleh petugas hanya khas untuk seorang pelanggan sahaja iaitu pakai buang.

“Manakala bagi pusat cuci kereta perkhidmatan hanya dibenarkan sehingga pukul 10 malam sahaja,” jelasnya dalam sidang akhbar khas sebentar tadi.

Dalam pada itu, bagi pasar malam pula, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengumumkan langkah serta SOP yang akan ditetapkan terhadap kebenaran itu sama ada menghadkan pengunjung atau yang sepatutnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI