fbpx

Curi guna bot nelayan tempatan seludup daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafie menunjukkan antara bot nelayan tempatan yang menjadi sasaran penyeludup di kawasan kuala sungai di Kuala Perlis.

KUALA PERLIS – Sindiket penyeludupan daun ketum semakin berani apabila dikesan ‘mencuri guna’ bot milik nelayan tempatan bagi menjalankan kegiatan haram mereka itu di perairan ini dan kawasan muara Sungai Perlis di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing memberitahu, pihaknya menerima tiga laporan daripada nelayan dari Kampung Wai di sini berhubung kejadian tersebut yang didakwa berlaku pada bulan lalu.

“Nelayan tempatan mendakwa bot mereka dipercayai digunakan secara curi-curi oleh penyeludup untuk menyeludup daun ketum.

“Ia disedari selepas ada bot nelayan yang ditinggalkan dalam keadaan hampir kehabisan minyak, kotor dan mengalami kerosakan,” katanya ketika melakukan rondaan di beberapa lokasi panas menggunakan bot pemintas kelas Benteng Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan Kuala Perlis dan Sungai Perlis di sini semalam.

Katanya, bot nelayan tempatan itu didakwa dikembalikan semula di lokasi asal selepas penyeludup selesai menyeludup daun tumbuhan tersebut ke Thailand yang dipercayai mengambil masa kurang sejam perjalanan pergi balik.

“Kita juga ada membuat rampasan sejumlah daun ketum yang mana sampan digunakan adalah milik nelayan tempatan di sini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI