fbpx

Tatakelakuan kakitangan UPM tak cermin sahsiah universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN UPM yang tular bertengkar dengan pemandu lain berhampiran Hospital Serdang semalam.

PETALING JAYA- Kelakuan seorang kakitangan wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular bertengkar di jalan raya berhampiran Hospital Serdang semalam tidak mencerminkan sahsiah dan etika universiti itu.

Dalam satu kenyataan, UPM berkata pihaknya memandang serius perkara itu yang merupakan reaksi spontan peribadi kakitangan tersebut.

“Tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan warga UPM.

“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, kakitangan tersebut telah memohon maaf menerusi akaun Instagramnya semalam namun meletakkan akaunnya pada status ‘private’.

“Jika saya salah, maafkan saya. Jika saya betul, saya maafkan semua,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI