fbpx

Tuah pedang naga pemberian orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ADZLY (tengah) menunjukkan pedang naga bertatah jed asli bersama dua pembantunya yang memegang pedang dua beradik dan pasu berukiran kalimah Allah di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Seorang peniaga barangan terpakai tidak menyangka sebilah pedang yang diberikan seorang pemborong barangan terpakai kepadanya enam bulan lalu mendapat perhatian kerana dianggap bernilai tinggi.

Mohamad Adzly Othman, 43, berkata, pedang yang mempunyai tulisan Cina dan gambar naga bertatahkan jed asli itu menarik perhatian penggemar barangan antik yang mahu membelinya di premisnya di Taman Setia Jasa di sini.

“Saya tidak tahu asal usul pedang ini. Pemiliknya ada berpesan supaya menyimpannya dan dia (pemilik) menyatakan sekiranya dijual saya tidak akan dapat kembali senjata tersebut.

“Walaupun mendapat banyak tawaran khususnya penggemar barangan antik saya tidak berhasrat untuk menjualnya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut lelaki itu, rata-rata pengunjung menawarkan harga bermula RM2,000 bagi mendapatkan pedang tersebut yang dipercayai mempunyai batu jed yang bernilai.

Mohamad Adzly berkata, dia mengumpul dan menjual barangan antik sejak enam bulan lalu.

Lelaki itu memberitahu, terdapat dua lagi barangan yang disimpan dan tidak akan sesekali dijualnya iaitu pedang dua beradik dan pasu manik kristal yang diukir kalimah Allah.

“Saya menganggap kedua-dua barangan itu istimewa,” katanya.

Tambah Mohamad Adzly, sejak menjual barangan itu, dia tidak dapat lari daripada perasaan seram tatkala berada seorang diri di kedainya.

“Sebelum ini terdapat satu ukiran kayu berbentuk naga yang seakan-akan ‘hidup’ menyebabkan timbul rasa takut.

“Tetapi barangan itu telah dijual,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI