fbpx

JDT bakal lancar jersi, tiga pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster pengumuman berkenaan.

JOHOR BAHRU – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mengumumkan tiga lagi pemain baharu yang akan menyarung jersi Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia musim 2021 yang bermula bulan depan.

Perkara itu diumumkan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest dalam kenyataan di laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers hari ini.

Bagaimana pun, menerusi hantaran ringkas itu tidak menjelaskan secara terperinci pemain baharu itu melibatkan pemain import atau tidak.

Menurut Martin, Harimau Selatan bakal melalui minggu yang sibuk kerana mempunyai empat projek yang akan diumumkan dalam beberapa minggu ini sebagai persediaan untuk kempen 2021.

“Pertama, Harimau Selatan akan mengenalkan tiga pemain baharu diikuti dengan ‘JDT Cycling Studio’ yang kini dalam pembinaan.

“JDT akan melancarkan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada 24 Februari manakala ‘docu-series’ Fearless yang dinanti-nantikan dijangka akan disiarkan pada bulan ini juga,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI