fbpx

PdPR atau hanya buat kerja sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
SITI KAMILAH MUSTAPHA, PENOLONG PENGARANG BERITA KOSMO!

SESI persekolahan 2021 memang banyak dugaannya, bermula dengan ibu bapa bersiap-siap membeli kelengkapan kembali ke sekolah ketika kes Covid-19 tinggi.

Selepas itu, ibu bapa berpusu-pusu pula membeli komputer riba atau komputer tablet kerana sekolah tidak jadi dibuka, sebaliknya diganti dengan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).

Episod PdPR ini bermacam-macam ragamnya dan menyebabkan kelam-kabut baik ibu bapa mahu pun guru.

Pada hari pertama persekolahan, ramai yang tercaricari komputer dan telefon bimbit sehingga ada kedai yang mengambil kesempatan menaikkan harga dan sebagainya.

Di pihak guru pula, mana yang hendak uruskan PdPR dengan pelajar dan PdPR anak-anak sendiri.

Tidak kurang juga ragam bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan bergelut untuk mendapatkan peranti untuk anak-anak mereka.

Semoga urusan mereka dapat dibantu oleh pihak-pihak yang berkemampuan.

Seorang teman ada bercerita mengenai anaknya yang mula memasuki darjah satu dan terpaksa mengikuti PdPR.

“Anak saya memang teruja melangkah masuk tahun satu, ditambah dengan PdPR, saya belikan komputer tablet akhirnya ia tidak digunakan membuatkan anak agak kecewa,” ceritanya.

Ujarnya, hampir dua minggu PdPR guru hanya memberikan kerja sekolah melalui kumpulan WhatsApp kelas sahaja.

Penulis beranggapan kerja sekolah melalui WhatsApp itu hanyalah bersifat sementara dan mungkin pada awal bulan sahaja pelajar darjah satu perlu mengikuti modul peralihan transisi dahulu.

“Dia (anak) dah teruja hendak Google Meet seperti abang-abangnya yang lain, tetapi sudah dekat dua minggu cikgu hanya memberikan latihan seperti mewarna membuatkan dia kelihatan agak bosan,” jelasnya.

Menurut kawan penulis itu, modul transisi tersebut telah dipelajari ketika anaknya berusia empat dan lima tahun semasa berada di prasekolah atau tadika.

Ragam seorang lagi teman mengenai PdPR anaknya di Tahun 5 dan 6 agak memeningkan kerana kerja sekolah itu perlu dibantu oleh ibu bapa.

“Saya bukan pandai sangat hendak ajar Matematik dan Sains Tahun 5 dan 6, ibu bapa pula kena mengadap buku teks. Penat pulang bekerja, kena fikir pula kerja sekolah anak,” rintih seorang penjaga.

Walaupun 1,001 ragam PdPR anda di rumah, apa yang penulis boleh nilaikan, ramai ibu bapa kini lebih dekat dengan Google Drive dan Google Meet dengan erti kata celik teknologi maklumat.

Semua kita baik guru, ibu bapa dan anak-anak lebih celik teknologi berbanding sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI