fbpx

Kuasa pemburu semangat jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Counter yang dianggotai oleh So-mun, Ga Mo-tak, Do Ha-na dan Chu Mae-ok ditugaskan untuk menangkap dan menghukum semangat jahat yang berleluasa memporak-porandakan kehidupan manusia.

Kebanyakan drama romantik dari Korea Selatan sering mendapat perhatian sekali gus menjadi hits dan bualan ramai.

Bagaimanapun, seiring peredaran masa, corak naskhah K-pop mempamerkan dimensi berbeza,

Menggabungkan konsep fiksyen dan realiti kehidupan, drama bersiri 16 episod The Uncanny Counter antara yang dilihat dekat dengan penonton.

Karya arahan Yoo Seon-don tersebut sarat dengan insiden sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Antara isu yang dipamerkan termasuk kritikan struktur politik dan organinisasi kerajaan akibat diterajui individu-individu tidak bertanggungjawab.

DRAMA The Uncanny Counter boleh ditonton menerusi aplikasi penstrimen Netflix.

Golongan seperti ini wajar digelar petualang negara kerana menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

Biarpun diinspirasikan daripada komik online berjudul Kyeogirowoon Somoon, penceritaan dan kritikan The Uncanny Counter harus dipandang serius.

The Uncanny Counter juga menggambarkan personaliti dan tindakan seseorang apabila dikuasai oleh semangat jahat akibat menjadi mangsa penindasan.

Dek dendam dan ketamakan kuasa mendominasi diri, tanpa sedar mereka telah bertindak melampaui batas.

Disebabkan ingin menghapuskan golongan sebegitu, sekumpulan wira yang terdiri daripada So-mun lakonan Jeo Byeong-gyu, Ga Mo-tak (Yu Jun-sang), Do Ha-na (Kim Se-jeong) dan Chu Mae-ok (Yum Hye-ran) bergabung tenaga untuk menangkap semangat jahat tersebut.

Keempat-empat wira itu juga diberi peluang untuk hidup semula selepas berada dalam keadaan koma.

Mereka ini kemudian dilantik menjadi Counter untuk memburu semangat jahat bagi menegakkan keadilan.

SARAT dengan babak aksi, The Uncanny Counter mengetengahkan isu ketamakan kuasa, pembalasan dendam dan kesungguhan dalam menuntut pembelaan serta keadilan.

Dua watak utama, Mo-tak dan So-mun menjadikan tanggungjawab sebagai Counter untuk merungkai kejadian jenayah silam mereka.

Kedua-dua ibu bapa So-mun yang bertugas sebagai anggota polis maut dalam satu kemalangan jalan raya yang dirancang oleh penjenayah.

Disebabkan itu, So-mun bukan sahaja menumpaskan sekumpulan penjenayah, bahkan ingin membalas dendam atas kematian orang tuanya.

Drama ini juga memperlihatkan kekejaman dan taktik kotor individu berjawatan tinggi dalam organisasi kerajaan termasuk ahli politik.

Di samping itu terdapat juga mesej mengenai impak terhadap pelajar yang menjadi mangsa buli dan samseng di sekolah.

Meskipun sarat dengan babak aksi, The Uncanny Counter turut memperlihatkan unsur kekeluarga dan secubit adegan romantik antara So-mun dan Ha-na.

Diterbitkan oleh CJ Entertainment, The Uncanny Counter boleh ditonton menerusi Netflix dan menjadi sohor kini dalam kalangan penonton aplikasi penstrimen popular tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI