fbpx

Spurs goyah moral terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LLORIS mengakui Spurs berdepan masalah keyakinan dan semangat yang merudum ekoran prestasi mereka sejak kebelakangan ini. – AFP

LONDON – Tottenham ­Hotspur berdepan tugas getir minggu ini apabila bakal melayan kunju­ngan Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Kapten Spurs, Hugo Lloris mengakui skuad kendalian Jose Mourinho itu berada dalam si­tuasi tidak menentu, lebih-lebih lagi moral barisan pemain sedang terjejas teruk.

Bagaimanapun, dia menggesa rakan sepasukan agar tidak mudah mengalah serta menampilkan aksi terbaik bagi memastikan pasukan itu kembali menemui rentak kemena­ngan.

“Kami berada dalam situasi paling genting ketika ini kerana pemain-pemain sangat kecewa dengan prestasi semasa. Jurulatih serta penyokong mengharapkan aksi lebih baik dari kami.

“Semua pemain perlu be­kerjasama serta mencari jalan untuk memperbaiki prestasi mengecewakan ini. Kami hanya perlukan satu kemenangan untuk bangkit,” kata Lloris.

Sementara itu, Spurs juga masih belum boleh menggunakan khidmat penyerang utama, Harry Kane yang dijangka perlu berehat dua minggu lagi gara-gara kecederaan.

Sebagai rekod, Spurs mengharungi aksi cukup mengecewakan dalam empat perlawanan terakhir liga apabila mereka sekadar mencatat satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI