fbpx

Noor Hisham nafi letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penafian berita palsu Noor Hisham meletak jawatan.

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan mesej tular di media sosial kononnya beliau sudah meletakkan jawatan.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Noor Hisham berkata, mesej yang tular itu tidak benar dan ia mengelirukan orang awam.

Mesej palsu dipercayai dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp itu mendakwa Noor Hisham sudah meletak jawatan.

Ia turut menyebut perletakan jawatan itu ada kaitan dengan peningkatan kes harian Covid-19 akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook turut artikel penuh daripada sebuah blog yang turut berkongsi berita perletakan jawatan Noor Hisham.

KKM berkata, artikel oleh blog dikenali sebagai MalaysiaFlipFlop itu dikeluarkan hari ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini berkenaan dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan telah meletakkan jawatan adalah palsu.

“Jangan kongsi atau sebar jika anda tidak pasti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI