fbpx

Khianat potong tali penghadang jalan, pijak kawat besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tali plastik penghadang dipotong manakala kawat dawai dipijak dalam perbuatan khianat di Kampung Kemansur di Bentong Pahang malam semalam.

BENTONG – Baru dipasang kawat besi bagi memperketatkan kawalan di Kampung Kemansur malam semalam, tali plastik penghalang telah dipotong, manakala kawat besi dipijak oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kejadian khianat yang dipercayai berlaku tengah malam semalam menyaksikan tali penghadang di satu laluan keluar kampung dalam Kluster Kampung Kemansur itu dipotong manakala kawat dawai dipijak.

Kejadian itu telah menimbulkan sedikit kebimbangan kepada penduduk setempat mengenai kawalan individu yang dikuarantin di dalam kampung yang mempunyai kira-kira 500 buah rumah itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, keadaan kawalan di kampung berkenaan adalah terkawal dan berjalan dengan baik dan pihak polis sentiasa memastikan keselamatan masyarakat.

“Pihak polis telah maklum perkara ini dan siasatan telah dilakukan yang mana kita akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi.

“Siasatan awal mendapati berlaku khianat yang mana tali plastik penghadang laluan di potong dan kawat besi dipijak,”katanya di sini, hari ini.

Kelmarin pasukan tentera memasang kawat besi di sekeliling Kampung Kemansur di sini sebagai langkah kawalan selepas terdapat individu yang positif Covid-19 dan dikuarantin di kawasan berkenaan.

Pegawai Daerah, Datuk Mohd. Zulkifi Hashim menjelaskan pemasangan kawat besi berkenaan adalah sebagai langkah kawalan setempat dan bukannya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI