fbpx

Wan Zulkiflee dilantik lembaga pengarah ExxonMobil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Zulkiflee

PETALING JAYA – Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Exxon Mobil Corporation (ExxonMobil).

Ia menjadikan beliau individu pertama bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam sejarah penubuhan syarikat tenaga tersebut.

Wan Zulkiflee ketika ini adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan DRB-HICOM Bhd.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil, Darren Woods berkata, syarikat itu mengalu-alukan pelantikan Wan Zulkifleke dalam barisan lembaga pengarah.

“Dengan kepakaran beliau dalam industri global dan pengalaman berkaitan perubahan tenaga menjadi pelengkap kepada barisan lembaga pengarah syarikat yang berpengalaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI