fbpx

Makanan laut bernilai RM92,76 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian produk laut bernilai RM92,760 yang dirampas Maqis Johor di KSAB, Iskandar Puteri, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Pemeriksaan ketat dijalankan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pelbagai produk laut bernilai RM92,760 di Kompleks Sultan Abu Bakar, semalam.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, pihaknya berjaya mengesan cubaan menyeludup produk berkenaan ke Singapura semasa pemeriksaan dibuat terhadap sebuah lori di laluan eksport pada pukul 11 malam.

“Ketika pegawai menjalankan pemeriksaan, mereka mendapati beberapa barangan seperti ikan, sotong, udang dan lain-lain yang tidak mempunyai permit eksport sah.

“Kesemua barangan yang dianggarkan bernilai RM92,760 itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Nur Afifah, pemandu lori yang berusia 45 tahun diambil keterangan sebelum dibebaskan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI