fbpx

Sungai Langat nyaris tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa SPAN sedang memeriksa tong berisi bahan pelarut yang ditemui di sebuah premis kosong di Taman Seri Reko, Kajang berhampiran Sungai Langat semalam.

KAJANG – Sungai Langat nyaris tercemar susulan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyimpan bahan buangan berjadual (bahan pelarut) di sebuah premis kosong di Taman Seri Reko, di sini berhampiran tepi sungai berkenaan.

Bahan pelarut yang terdiri daripada 13 tong berkapasiti 160 liter dan enam tong berkapasiti lima liter telah ditemui sepasukan anggota penguat kuasa dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semasa melakukan pemeriksaan di premis berkenaan semalam.

SPAN dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan di premis itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat dari Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan pihaknya telah menemui 19 tong berisi bahan pelarut itu tidak diuruskan dengan baik dan berpotensi menjadi punca pencemaran sungai.

“Premis yang didirikan di tanah rizab sungai tersebut disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah dan sedang dalam siasatan oleh pihak MPKj.

“Sebagai langkah mitigasi, operator air iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) telah menugaskan unit pemantauan mereka iaitu Pasukan Khas Lembangan dan Alur Air (Pakar) siap siaga untuk sebarang kemungkinan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, selain SPAN, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga sedang dalam proses siasatan lanjut memandangkan penemuan melibatkan bahan buangan berjadual.

Manakala, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya utk memastikan isu ini tidak akan menyebabkan pencemaran terhadap sumber air.

“SPAN juga ingin memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan kes-kes yang disyaki melakukan pencemaran kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan SPAN di talian 03 – 8317 9333 atau e-mel ke [email protected]! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI