fbpx

Telegram KKMM salur maklum balas darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi maklum balas berkaitan pelaksanaan Proklamasi Darurat bagi tujuan tambah baik.

Menerusi kenyataan akhbar hari ini, KKMM berkata, kementerian telah mewujudkan saluran bagi orang ramai mengemukakan maklum balas berkenaan.

“Proklamasi Darurat yang dilaksanakan oleh negara adalah bermula 11 Januari lalu hingga 1 Ogos depan.

“Orang ramai boleh berkongsi pandangan dan maklum balas melalui Telegram Saluran Maklumat Darurat, https://.me/saluranmaklumatdarurat atau e-mel ke alamat [email protected].

“Maklum balas yang dikumpulkan akan dibawa oleh KKMM ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Darurat bagi tujuan menambah baik pelaksanaan darurat memerangi Covid-19,” katanya.

Katanya, saluran maklum balas yang dibuka kepada orang ramai itu adalah antara langkah prihatin kerajaan dalam mendengar dan mengambil kira suara rakyat.

Jelasnya lagi, marilah bersama-sama mengharungi situasi semasa dan usaha memutuskan rantaian Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI