fbpx

Boustead kekal jadi syarikat tersenarai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan meneruskan cadangan untuk menjadikan Boustead Holdings Bhd. (Boustead) sebagai sebuah syarikat persendirian.

LTAT berkata, keputusan itu diambil selepas penilaian secara berhati-hati dibuat dengan mengambil kira cabaran ekonomi berterusan akibat pandemik Covid-19, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)dan risiko serta ketidaktentuan yang semakin meningkat untuk meneruskan cadangan tersebut buat masa ini.

“Sebagai pemegang saham yang mengawal Boustead, LTAT menyokong usaha BHB untuk melaksanakan strategi pertumbuhan dan pelan transformasinya.

“LTAT akan terus menilai pilihannya selari dengan objektif untuk memelihara dan meningkatkan nilai aset di bawah portfolionya serta memperbaiki pulangan jangka panjang kepada pencarum,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Cadangan menjadikan Boustead sebagai sebuah syarikat persendirian bermula tahun lalu, susulan usaha penstrukturan semula LTAT di tengah-tengah cabaran prestasi yang tercetus akibat krisis Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI