fbpx

‘Risau Tok Ti serik nyanyi sukarela’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Hari Harta Intelek Negara 2025 Muzik Kita Milik Kita di Menara Mylpo PJ Sentral, hari ini.

PETALING JAYA – Persembahan sukarela Datuk Seri Siti Nurhaliza di majlis sambutan Aidilfitri kerajaan terus dipertikai sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali turut melahirkan rasa sedih dan bimbang jika situasi berkenaan membuatkan penyanyi nombor satu negara itu enggan lagi tampil secara sukarela dalam mana-mana acara kerajaan selepas ini.

“Saya sedih bila Datuk Siti perlu buat penjelasan. Saya khuatir selepas ini dia tak mahu lagi menyanyi secara sukarela. Itu yang saya risau.

“Jadi saya ingin jelaskan, contohnya kalau terkait Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dia merupakan penggerak kepada Yayasan Nurjiwa, (Siti) merupakan rakan strategik KPDN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Intelek dan Muzik 2025 anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), hari ini.

Tambahnya, pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran KPDN semalam, Siti juga tidak menerima sebarang bayaran dan hadir atas semangat kebersamaan.

“Dia (Siti) hadir atas kebersamaan dan kita amat menghargainya, beliau yang sentiasa memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang bekerja keras termasuk di KPDN,” ujarnya.

Terdahulu, di Facebook Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad dibanjiri kritikan pengguna media sosial yang mempersoalkan kononnya wujud perbelanjaan besar bagi membayar artis yang membuat persembahan pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya.

Bagaimanapun, penyanyi tersohor negara, Siti semalam tampil menjelaskan bahawa beliau tidak menerima sebarang bayaran dan hadir secara sukarela sebagai tanda penghargaan kepada petugas kesihatan.

Mengulas perkara sama, Dzulkefly hari ini turut mengesahkan tiada bayaran dikeluarkan untuk persembahan artis yang terlibat dalam majlis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI