JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan seorang pemuda Indonesia berkahwin dengan penyanyi K-Pop, Lisa Blackpink menjadi tular, lapor portal berita radartvnewsonline hari ini.
Kedua-dua mereka mengenakan baju pengantin masyarakat Jawa Tengah dengan Lisa lengkap memakai kebaya.
Teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan dalam pembikinan video itu yang dimuat naik di platform Facebook menggunakan akaun Sixty Twu Info.
Video berdurasi 2.21 minit memaparkan pemuda yang belum diketahui identitinya itu tersenyum sambil menunjukan buku nikah.
Seorang ibu tua kelihatan bersalaman dengan Lisa dengan momen bahagia lainnya dipaparkan seperti acara resepsi.
Video sama memaparkan bintang bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo turut hadir ke majlis perkahwinan mereka dengan memakai baju batik dan menaiki kenderaan mewah.
Dalam rakaman video itu, bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, Ronaldo dan Erling Braut Haaland dari kelab Manchester City turut makan bersama pada majlis tersebut.
”Luar biasa. Apa yang tidak boleh dihasilkan oleh AI,” tulis seorang netizen. – AGENSI