fbpx

Tymba tawar program professional perakaunan, biasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Airil (enam dari kiri, berdiri di barisan kedua) bersama sebahagian daripada pelajar di Tymba di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Tymba membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutamanya daripada golongan bumiputera B40 dan asnaf yang berpotensi tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di institusi pendidikan tersebut.

 Pengasas Tymba Education Group, Airil Razali berkata, sebanyak 700 tempat ditawarkan kepada pelajar yang memperoleh minimum 5A termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris untuk mengikuti program Foundation in Accountancy  -The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan seterusnya Certificate  in Finance, Accounting and Business (CFAB)-ICAEW.

Program selama tiga setengah tahun itu turut mendapat kerjasama pembiayaan daripada  Yayasan Peneraju, MyPAC dan GLC.

Menurut beliau, sehingga kini seramai 150 pelajar telah menghantar permohonan menyertai program tersebut sejak sebulan lalu meskipun keputusan peperiksaan belum keluar.

“Kami tawarkan biasiswa yang bernilai sehingga RM150,000 kepada pelajar yang layak dengan elaun bulanan sebanyak RM1,200 serta bakal menikmati kemudahan asrama dan pengangkutan .

“Kami juga memberi pilihan kepada pelajar yang tidak mahu tinggal di asrama yang disediakan untuk menginap di kondominium tengah ibu kota,” katanya dalam sesi temubual di sini semalam. 

 

Selain itu, Airil menerangkan selepas mengikuti program asas tersebut,  pelajar akan ditawarkan untuk kursus lanjutan untuk program ACCA dan laluan professional seperti Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran dalam program  The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), The Chartered Institute of Management Accountant (CIMA) dan Chartered Financial Analyst (CFA)

Tambah beliau, lebih daripada sekadar akademik, Tymba menekankan pembangunan holistik melalui pendekatan teknikal, kemahiran, latihan temuduga dan pembentukan disiplin.

Pelajar juga mendapat sokongan menyeluruh hingga ke alam pekerjaan, termasuk bantuan kaunselor, lawatan industri dan aktiviti berbentuk motivasi serta kesedaran.

“Pelajar bukan sahaja dijamin pekerjaan dengan gaji permulaan minimum RM4,500, malah institusi ini telah membuktikan keberkesanan sistem mereka apabila pernah ada pelajar berjaya menjadi World Prize Winner dan lulus dalam peperiksaan akhir ACCA dan ICAEW.

“Ini bukan sekadar program biasiswa, tetapi jalan keluar kepada perubahan hidup pelajar dan keluarga mereka,” ujarnya.

TYMBA juga diiktiraf sebagai institusi platinum bertaraf global oleh ACCA yg dicapai dalam tempoh 18 bulan sekaligus meletakkan institusi ini sebagai satu-satunya institusi swasta milik bumiputera yang memiliki pengiktirafan di peringkat dunia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI