fbpx

Tukang jahit jadi jutawan, menang cabutan BSN SSP RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roswani (enam dari kiri) menerima ‘mock cheque’ daripada Noriza pada Majlis Penyampaian Replika Cek Jutawan BSN SSP ke-110 di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang tukang jahit bergelar jutawan segera apabila memenangi wang tunai berjumlah RM1 juta menerusi program Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

Roswani Ismail, 56, yang berasal dari Kampung Chempaka itu menjadi individu ke-110 yang menerima ganjaran tersebut mula menabung SSP kira-kira dua tahun lalu.

Menurutnya, dia menggunakan hasil upah menjahit untuk menabung dalam SSP sebagai bekalan hari tua.

“Saya masih belum percaya apabila menang dan menerima wang sebanyak RM1 juta. Insya-Allah, saya akan menggunakan wang ini untuk membawa semua adik-beradik ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

“Saya menerima panggilan daripada pihak BSN pada 2 April yang bersamaan dengan 4 Syawal yang memaklumkan bahawa saya menang program tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Jutawan BSN SSP ke-110 di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah BSN Negeri Kelantan, Noriza Hashim.

Roswani memberitahu, dia menganggap bahawa wang kemenangan itu merupakan duit raya dan khabar gembira yang paling indah di dalam bulan Syawal.

“Semua ahli keluarga teruja apabila mendapat tahu saya menerima duit raya sebanyak RM1 juta pada tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI